Tuesday 6 November 2012

Bakat Semulajadi Anugerah Allah

Lukisan ini dihasilkan oleh seorang pengarah di syarikat ana bertugas. Dia merupakan seorang jurutera mekanikal dan memiliki bakat yang amat besar dalam bidang lukisan.  Walaupun sudah berusia lebih 60 tahun, beliau masih lagi menyambung pengajian secara sambilan dalam jurusan "Art" di salah sebuah universiti tempatan.  Beliau juga memberi tips pada ana tentang teknik lukisan dan mewarna. Ana sedang berusaha untuk menghasilkan beberapa koleksi seperti di bawah.

Lukisan karikatur dilampirkan untuk tatapan semua.





Saturday 7 April 2012

Gambar ini mengingatkan tentang kehidupan saya di zaman kanak-kanak.  Ianya agak unik ditambah pula dengan gelagat burung yg comel.  Hanya pencinta flora dan fauna akan menghargai setiap hasil karya sendiri dan juga orang lain. "This photo made me smile. I just love the way it reacts towards the water". Burung pun ada perasaan dan karektor yang tersendiri. Yang satu ni memang mencuit hati saya.

Friday 23 March 2012

Koleksi peribadi ini dilukis pada tahun lepas.  Saya amat menggemari lukisan yang berunsurkan tradisional.  Ini adalah lukisan ala2 cottage house yang saya temui di dalam sebuah buku.  Sekarang ini saya sedang mencari bahan yang sesuai untuk dilukis - Rumah Melayu Tradisional yang masih mengekalkan nilai2 keaslian zaman dahulu kerana saya amat meminati koleksi melayu lama yang asli lagi terpelihara.

Poppy.. Bunga Larangan

Ini adalah hasil lukisan tangan terbaru saya.  Disiapkan pada minggu lepas dengan menggunakan teknik "brush drawing".  Kalaulah ada "midas touch" hmm.. kan ke bagus. Anugerah yg diberi akan dimanfaatkan sebaik yang mungkin. 

Tuesday 13 March 2012

Kilart Eye....

Add caption
Sekali pandang rasa macam samurai jepun.... dua kali pandang rasa macam dipandang.. tiga kali pandang.... itulah mata empunya diri..lukisan mata itu sendiri adalah seni...terpulang pada anda untuk menilainya... hakikatnya seni itu tidak ternilai dan punyai terjemahan yg tersendiri...bukan mudah untuk menterjemah bilamana kurang ilmu...maka carilah ilmu itu.

Friday 10 February 2012

I wish to share my collection of artwork to friends out there. This is something which I have kept in my secret box and i guess it is time to reveal my little secret (hidden talent). More to be uploaded for public view.
Posted by Picasa