Thursday 26 September 2013

Tentang Dia

 
Ada sebuah kisah lama
Tentang pengalaman hidup dirinya
Membuat diriku terfikir seketika
Pengalaman dilalui menyentuh rasa
Setiap keperitan yang ditempuhi
Menjadi pembakar semangat diri
Mengajar erti sebenar berdikari
Berdiri teguh di atas kaki sendiri
Hanya satu tersemat diminda
Mendaki ke puncak hingga berjaya
Berbekalkan doa dan petunjuk dariNya
Semoga dipermudahkan urusan semua
Pabila berada di puncak sana
Jangan dilupa pengalaman semua
Nilai yang ada tidak terkira
Hanya yang rasa akan mensyukurinya
Buat sahabatku yg teristimewa
Tak lekang doa ku pohon dariNya
Agar dirimu dilindungi sentiasa
Berbahagia hingga ke akhir nyawa


Monday 16 September 2013

Sesejuk Mata Memandang

Sesejuk mata memandang. Dalam erti kata lain, bila menatap gambar atau wajah yg berkenaan, secara automatik akan merasa sejuk di hati. Kemarahan pula akan reda berperingkat2 hingga terasa dingin bak salju. Hehehe... terlebih feeling pulak yer... Sharing this photo for general viewers.




Tuesday 6 November 2012

Bakat Semulajadi Anugerah Allah

Lukisan ini dihasilkan oleh seorang pengarah di syarikat ana bertugas. Dia merupakan seorang jurutera mekanikal dan memiliki bakat yang amat besar dalam bidang lukisan.  Walaupun sudah berusia lebih 60 tahun, beliau masih lagi menyambung pengajian secara sambilan dalam jurusan "Art" di salah sebuah universiti tempatan.  Beliau juga memberi tips pada ana tentang teknik lukisan dan mewarna. Ana sedang berusaha untuk menghasilkan beberapa koleksi seperti di bawah.

Lukisan karikatur dilampirkan untuk tatapan semua.





Saturday 7 April 2012

Gambar ini mengingatkan tentang kehidupan saya di zaman kanak-kanak.  Ianya agak unik ditambah pula dengan gelagat burung yg comel.  Hanya pencinta flora dan fauna akan menghargai setiap hasil karya sendiri dan juga orang lain. "This photo made me smile. I just love the way it reacts towards the water". Burung pun ada perasaan dan karektor yang tersendiri. Yang satu ni memang mencuit hati saya.

Friday 23 March 2012

Koleksi peribadi ini dilukis pada tahun lepas.  Saya amat menggemari lukisan yang berunsurkan tradisional.  Ini adalah lukisan ala2 cottage house yang saya temui di dalam sebuah buku.  Sekarang ini saya sedang mencari bahan yang sesuai untuk dilukis - Rumah Melayu Tradisional yang masih mengekalkan nilai2 keaslian zaman dahulu kerana saya amat meminati koleksi melayu lama yang asli lagi terpelihara.

Poppy.. Bunga Larangan

Ini adalah hasil lukisan tangan terbaru saya.  Disiapkan pada minggu lepas dengan menggunakan teknik "brush drawing".  Kalaulah ada "midas touch" hmm.. kan ke bagus. Anugerah yg diberi akan dimanfaatkan sebaik yang mungkin.